Friday, December 19, 2003

"Thank You, Tun Mahathir" (2)

Oleh/By : DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tempat/Venue : PUTRAJAYA MARRIOT HOTEL

Tarikh/Date : 19/12/2003
Tajuk/Title : MAJLIS MAKAN MALAM PPTD 2003


Saudara Pengacara Majlis

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali

YBhg. Tan Sri Samsudin Osman
Ketua Setiausaha Negara
Dan isteri

YBhg. Tan Sri Jamaluddin Hj. Ahmad Damanhuri
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan isteri

Ybhg. Dato' Aseh Che mat
Presiden PPTD dan isteri,

Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli-ahli Persatuan
Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) yang saya hormati.

1. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan ucapan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita semua dapat berada di majlis. Kehadiran begitu ramai pegawai PTD di majlis ini jelas mengzahirkan komitmen serta semangat esprit de corps yang tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli pptd semua.

2. Majlis ini tambah bermakna dengan kehadiran Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali. Beberapa generasi pegawai kerajaan yang telah berpeluang berkhidmat di bawah pimpinan Y.A.Bhg Tun telah menyaksikan kegigihan, pengorbanan, komitment dan disiplin y.a.bhg tun yang cukup tinggi. Sikap unggul Y.A.Bhg Tun untuk menjayakan negara dan memartabatkan rakyat Malaysia sememangnya menjadi teladan kepada kita semua.

3. Malaysia, di bawah kepimpinan Y.A.Bhg Tun telah menyaksikan pembangunan prasarana fizikal yang begitu pesat. Namun, ini bukanlah satu-satunya lambang kejayaan Y.A.Bhg Tun. Beliau juga telah berjaya meletakkan negara kita di pesada dunia, sehingga nilai yang begitu tinggi sekali diletakkan di atas nama "Malaysia". Ianya adalah satu pengiktirafan kepada kestabilan politik, kekuatan ekonomi, perpaduan kaum dan semangat gigih rakyat Malaysia semua dalam membangunkan negara dibawah kepimpinan berwibawa Y.A.Bhg Tun.

4. Jasa Y.A.Bhg Tun , seorang negarawan ulung berwawasan tinggi, memang tidak terhingga. Saya mewakili rakyat Malaysia dan semua pptd ingin merakamkan ucapan terima kasih kami atas segala jasa, bakti, tunjuk ajar, bimbingan, cetusan pemikiran, pendapat dan pengorbanan Y.A.Bhg Tun yang tidak ternilai harganya. Penghargaan yang sama juga ingin kami sampaikan kepada Y.A.Bhg Tun Dr Siti Hasmah, seorang wanita yang turut berkorban besar untuk negara.

5. Berkat usaha kerajaan di bawah pimpinan Y.A.Bhg Tun , saya kini mewarisi pembangunan negara yang teguh dan kuat. Kita kini hidup dalam suasana yang aman dan stabil. Kita kini menikmati perpaduan nasional. Kita kini berjaya mencapai pembangunan ekonomi yang mantap, utuh dan jitu.

6. Adalah menjadi tugas saya untuk mengurus dan meneruskan kejayaan ini. Saya sedar bahawa tugas ini merupakan tugas yang besar. Ia hanya akan dapat dilaksanakan dengan sokongan, sumbangan dan pengorbanan semua rakyat Malaysia. Setiap ahli masyarakat, setiap individu, perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan keazaman untuk berusaha membawa negara mara ke puncak yang lebih gemilang lagi.

7. Kita semua mengejar matlamat yang sama, iaitu meneruskan pembangunan negara untuk generasi akan datang. Oleh itu, marilah kita berkerja bersama- sama, berganding bahu untuk memastikan amanah ini yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia dilaksanakan dengan sepenuhnya. Hanya usaha padu yang akan menjamin kecemerlangan dan kegemilangan rakyat dan negara tercinta. Kerjasama erat antara semua kakitangan kerajaan akan menjadi sumber kekuatan menghadapi sebarang cabaran yang timbul dalam kita menjayakan kesinambungan kecemerlangan negara.

Tuan-tuan dan puan-puan,

8. Peranan anggota perkhidmatan awam adalah amat penting dalam perjuangan membangunkan negara. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa pegawai - pegawai perkhidmatan awam telah banyak mencurah bakti untuk memajukan negara. Syabas saya ucapkan kepada kakitangan perkhidmatan awam yang telah selama ini berjaya melaksanakan tugas ini dengan cekap dan berkesan. Tahniah juga diucapkan kerana anggota perkhidmatan awam Malaysia kerana kerap diambil sebagai contoh oleh negara-negara membangun lain. Sebagai bekas anggota perkhidmatan awam, saya turut bangga dengan pencapaian tuan-tuan dan puan-puan.

9. It is an unquestionable truth that the Malaysian civil service has played a leading role in the success of our nation. Without the dedication and hard work of the men and women who carry the responsibility of implementing government policies, we would still be languishing as an undeveloped member of the global community. Armed with the spirit of "Malaysia Boleh", we have proven to ourselves and to the world that we possess the tools to manage and develop our own country.

10. But this does not mean that there is no room for improvement. We should not rest on our laurels. We should not be satisfied with what we have accomplished. We must continue to strive to achieve excellence and distinction. We must continue to infuse our work ethic with integrity, efficiency and professionalism. These are values that are essential ingredients in order for Malaysia to ascend to greater heights.

11. We have long prided ourselves on being a business friendly government. Malaysia has been and will remain a nation that is conducive to private enterprise. Private enterprise has been the engine of our economic growth and will continue to be in the future. But without a first class public delivery service system, the wheels of the machine will grind to a halt. Private enterprise can only thrive if the public sector plays its role as a partner to the private sector effectively. This is the central tenet of the Malaysia, inc. Concept.

12. As public servants, it is therefore our duty to provide the best quality service to our customers - the ordinary taxpayers, as well as the corporations that generate the economic activity that enables our nation to thrive and develop. We need to go the extra mile when discharging our responsibilities. The public should not feel trepidation when dealing with the civil service.

13. Kita patut sentiasa mesra rakyat. Kita mestilah dengan ikhlas mendengar, meneliti, menyelesaikan masalah, permohonan, cadangan dan apa-apa lagi tugasan yang sememangnya menjadi tanggungjawab kita. Kita juga mesti ada semangat kerja yang jitu. Jangan sekali-kali melepaskan batuk di tangga.

14. Kita perlulah ingat bahawa tanggungjawab yang diberikan kepada kita adalah bagi membangunkan negara, dan bukan kuasa untuk kepentingan diri sendiri atau, yang lebih buruknya lagi, kuasa untuk membuka jalan memuaskan keinginan membangunkan dana peribadi.

15. Saya ingin menyeru agar pegawai-pegawai PTD mengambil langkah-langkah positif untuk meningkatkan kemahiran masing-masing. Marilah kita terapkan mentaliti yang utamakan kualiti dan elakkan daripada menjalankan tugas dengan sambil lewa. Lengkapkan diri, dalam erti kata berilmu, berwawasan dan mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam pelbagai bidang. Rakyat Malaysia memerlukan pegawai-pegawai ptd yang mempunyai daya fikir yang kuat membaca serta mahir menganalisis situasi, berupaya mengatur strategi, mempunyai high-level critical thinking serta kreatif, disamping memiliki akhlaq dan etika yang tinggi dan mulia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

16. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali kerana dapat hadir bersama. Jasa mereka kepada negara tidak akan terbalas dan akan sentiasa dikenang. Saya percaya, dengan kehadiran beliau berdua telah menambah makna dan seri kepada majlis makan malam PPTD pada malam ini.

Terima kasih.