Tuesday, January 6, 2004

"Et tu, Najib?" (TV3 Interview)

SOALAN: Dalam Umno, kalau pelantikan baru menimbulkan perebutan kuasa yang merugikan parti, apakah pelantikan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan masalah yang sama?

PM: Tiada masalah, daripada awal tiada masalah, Alhamdulillah.

SOALAN: Bagaimana Datuk Seri melihat kerjasama?

PM: Tak ada masalah, kita bekerjasama, saya tidak menemui apa-apa masalah.

SOALAN: Adakah pihak yang cuba menonjolkan isu?

PM: Mungkin ada, saya ada dengar pada peringkat awal tapi setelah beberapa kali Datuk Seri Najib sendiri membuat kenyataan-kenyataan tentang dia dengan saya boleh bekerja, dia taat setia kepada saya, maka kalau ada sesiapa nak cucuk dah tak boleh cucuk lagi dah. Kecewalah mereka.