Tuesday, January 6, 2004

"I Have My Own Way" (TV3 Interview)

SOALAN: Kadang kala ada pihak yang menyatakan ada tindakan Pak Lah tidak lagi dan bukan kesinambungan usaha yang dijalankan oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad). Apa pandangan Pak Lah?

PM: Ini semuanya ada hubung kait dengan cara bekerja. Kalau dikatakan kesinambungan, apa makna kesinambungan dalam hal ini. Kesinambungan dalam menjayakan misi bagi mencapai visi 2020 itu ada tetapi cara bekerja dan bertindak itu berlainan. Tun Dr Mahathir pun mengakui, katanya "Cara Pak Lah tidak sama dengan saya. Saya cara saya... dia cara dia tetapi dasar berjalan dan keadaan Alhamdulillah, sama." Itulah mengikut kata Tun Dr Mahathir. Saya ada baca laporan daripada Indonesia, kata semua berada dalam keadaan yang baik pada masa ini. Saya juga merasakan keadaan yang baik, saya juga merasai keadaan ekonomi kita dapat dilihat dengan jelas, malah prestasi eksport kita yang lebih tinggi daripada dulu, kita punya `reserve' daripada luar yang begitu tinggi yang dulunya tidak pernah tercapai kini sudah tercapai, banyak perkara yang berlaku dan orang ramai pun saya rasa bila pergi mana-mana, seolah-olah ada satu kemesraan dan sokongan yang diberikan. Jadi yang pentingnya sekarang ini, kita perlu bertindak, walaupun banyak cakap-cakap. Jadi elok juga walaupun ada yang tidak baik yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, rasuah, sama ada kaitan dengan keselamatan jalan raya, macam-macam yang kita buat. Nanti orang kata kita cakap saja tapi Pak Lah tidak buat pun.

SOALAN: Stail berbeza, matlamatnya sama.

PM: Ya matlamatnya sama, menggerakkan visi itu berlainan sedikit.

[Source]