Tuesday, January 6, 2004

"In Most Cases, Crime Arrests Happen in 24 Hours; That's The Police Efficiency That Couldn't Be Exceeded"

SOALAN: Isu kadar jenayah yang meningkat agak membimbangkan seperti jenayah rogol, cabul dan sebagainya.

PM: Sekarang orang sudah rasa marah, dan ada rasa sesuatu perlu dilaksanakan dan tindakan yang lebih keras mesti diadakan sebagai usaha mencegah berlaku, hukuman berat supaya orang takut dan polis perlu tingkatan lagi keupayaan bertindak segera. Tetapi dalam banyak hal juga, Alhamdulillah polis sudah dapat tangkap dalam masa 24 jam, itu satu kecekapan mereka tetapi boleh cekap lagi. Saya cakap dengan Ketua Polis Negara, kita tidak boleh berada di mana-mana dan di semua tempat. Tiap-tiap 10 meter jarak kita kena ada di situ, mana boleh, tak mampu. Yang pentingnya sebaik saja kita dapat berita jenayah itu berlaku, polis mesti bertindak dengan cepat. Bila berlaku, orang yang lakukan jenayah tiada peluang lari. Dengan polis tiada peluang untuk lari, buatlah macam manapun kereta laju ke, dalam masa yang terdekat kena tangkap. Apabila kena tangkap, kita mahu supaya siasatan dibuat dengan cepat dan setelah selesai siasatan, maka penjenayah berkenaan mesti dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas kesalahan dan hukuman dijatuhkan. Barulah ada rasa takut. Kalau tidak, dia buat tak ada apalah, 10 tahun cari dia tak jumpa. Dalam 10 tahun itu dia buat berapa kali lagi. Dia buat jenayah bersiri, lepas saja tak pernah ditangkap. Lagi lama dia lagi cekap, dia makin berpengalaman. Ini yang tidak baik, jadi kita kena bertindak cepat. Kalau cepat, maka kita harap ia akan menakutkan. Kecekapan polis untuk bertindak, kecekapan pihak berkuasa dan jabatan lain untuk bertindak dan membawa pesalah untuk diadili di mahkamah dan dihukum jika bersalah, ini satu tindakan yang akan menjadi peringatan, satu penghalang yang akan mengurangkan lagi jenayah. Orang takut nak lakukan kerana polis cekap.

[Source]