Tuesday, January 6, 2004

"IPCMC Establishment" (TV3 Interview)

SOALAN: Bagaimana dengan imej polis?

PM: Persepsinya tak begitu membanggakan. Itu persepsinya tetapi dari segi kerja, kalau kita tengok secara objektif, memang polis telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Kalau polis gagal langsung, tak baik langsung, kita rakyat Malaysia tidak akan menikmati keamanan dan keselamatan. Tidak akan ada `law and order', tidak akan ada lagi peraturan dan undang-undang di negara kita ini. Semuanya dah tak dapat mengawal lagi keadaan. Jadi polis bekerja tetapi saya juga memahami bahawa kerja polis sekarang ini cukup mencabar jika dibandingkan dengan peranan polis pada masa dulu. Sekarang ini mencabar dengan zaman siber teknologi ini yang juga digunakan oleh penyangak dan penjenayah. Mereka pun nak canggih juga. Di samping itu dalam keadaan sekarang ini pun jenis-jenis jenayah seperti jenayah perdagangan berlaku dan polis mesti tahu hendak menyiasat, dan jenayah-jenayah yang membabitkan penggunaan teknologi. Sebab itu polis kena menambah, meningkatkan kecekapan, keupayaan daripada segi alat dan ilmu yang digunakan. Sebab saya cadangkan supaya diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja mengenai polis ialah mempunyai tujuan untuk menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih lagi berupaya, berwibawa untuk menangani masalah dan cabaran pada masa depan. Saya mengakui ruang untuk baiki ada, jadi soalnya kita sekarang hendak membaiki lagi, bukan sebagaimana sesetengah orang kata Suruhanjaya Diraja ini akan menjadi `police bashing', diwujudkan hanya untuk pukul polis. Bukan begitu, kita hendak supaya ia memikirkan apakah langkah yang boleh diambil supaya PDRM lebih berupaya, lebih berwibawa dan lebih berkesan dalam tindakannya.