Saturday, March 27, 2004

"First Class Mentality, Third Class Super-Sized Cabinet"

Oleh/By : DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tempat/Venue : JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA

Tarikh/Date : 27/03/2004
Tajuk/Title : NOTA YAB PERDANA MENTERI MENGENAI ROMBAKAN KABINET (27-03-2004)

NOTA YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET
27 MARCH 2004


• Saya ingin membuat pengumuman mengenai kabinet dan pentadbiran saya.

• Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa perubahan dalam pentadbiran ini dilaksanakan untuk menunaikan janji seperti yang termaktub dalam manifesto Barisan Nasional - sebuah Kerajaan untuk semua; sebuah kerajaan yang menyokong rakyat; dan sebuah kerajaan yang akan berkerja untuk memastikan masa depan yang lebih baik, aman dan makmur.

• Kabinet ini adalah untuk masa depan – dalam meningkatkan daya saing; dalam menggerakkan prestasi dan kecemerlangan; dalam membangunkan masyarakat; dalam memupuk pemikiran kelas pertama, budaya dan nilai-nilai; dan dalam memastikan pembangunan yang mampan.

• Ini adalah rombakan besar dalam kerajaan yang bertujuan memberi khidmat yang lebih baik untuk rakyat.

+ Tiga kementerian akan dipecahkan
* Kementerian Dalam Negeri kepada Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri;
* Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi;
* Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan kepada Kementerian Kesenian Kebudayaan dan Warisan dan Kementerian Pelancongan.

+ Satu kementerian akan dibubarkan, iaitu Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

+ Dua kementerian baru ditubuhkan, iaitu:
* Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
* Kementerian Wilayah Persekutuan.

+ Dua kementerian digabungkan menjadi satu, iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat bersama Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, untuk menubuhkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

+ Lima kementerian akan dinamakan semula untuk melambangkan tanggungjawab/fokus yang berbeza, iaitu:

* Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi;
* Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;
* Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi;
* Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
* Kementerian Pertanian dan Indusrti Asas Tani


• Semua perubahan ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan efektif; perubahan dalam jabatan/agensi telah dilakukan bagi memastikan skop tanggungjawab kementerian lebih sesuai dan untuk menghasilkan sinergi antara agensi/jabatan yang berlainan.

• Terdapat fokus yang lebih besar dalam berberapa bidang tertentu seperti Pelancongan (sektor membangun/growth sector), Keselamatan Dalam Negeri (keselamatan diri dan negara); Pendidikan Tinggi (pembangunan pekerja mahir) dan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Perubahan-perubahan ini bertujuan memberi fokus yang lebih khusus dan “streamlining” dalam pentadbiran, dan bukan untuk mengwujudkan birokrasi yang lebih besar.

• Beberapa fungsi akan ditekankan dan diupayakan (empowerment) supaya Kerajaan menjadi lebih efektif, seperti pembangunan teknologi, pengawasan industri bekalan air, pembangunan IKS, pembangunan industri perkhidmatan dan pemeliharaan alam sekitar.

• Ekonomi negara akan mendapat manfaat dari perubahan-perubahan ini oleh kerana penekanan yang akan diberikan kepada aspek-aspek seperti berikut ;

+ Mentaliti kelas pertama dan budaya yang mementingkan prestasi tinggi
+ Sistem pendidikan yang lebih baik, dengan pendidikan tinggi bertaraf dunia
+ Sains, teknologi dan inovasi
+ Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
+ Pembangunan sektor perkhidmatan melalui peningkatan peranan MIDA, yang kini dinamakan Malaysian Industrial and Services Development Authority (MISDA)
+ Memodenkan sektor pertanian dan membangunkan industri berasaskan pertanian
+ Pembangunan luar bandar dan wilayah


• Saya telah berfikir panjang tentang perkara ini serta berbincang dengan semua parti komponen. Saya juga telah melantik mereka yang berwibawa untuk bekerja bersama saya dalam membentuk sebuah kerajaan yang akan berkhidmat kepada rakyat.

+ Kebanyakkan parti komponen mendapat lebih ramai wakil dalam pentadbiran saya.
+ Terdapat peningkatan dalam bilangan wanita dan golongan muda dalam pentadbiran ini.
+ Terdapat 14 Menteri Kabinet baru dan seorang bekas menteri yang kembali berkhidmat.



(Baca senarai Ahli Kabinet yang baru)

SENARAI KABINET BARU


JABATAN PERDANA MENTERI

Perdana Menteri

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri
Y.A.B. Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Menteri
Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz
Y.B. Datuk Mustapa bin Mohamed
Y.B. Datuk Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad
Y.B. Prof. Datuk Dr. Abdullah bin Md. Zin
Y.B. Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili

Timbalan Menteri
Y.B. Datuk M. Kayveas
Y.B. Joseph Entulu anak Belaun

Setiausaha Parlimen
Y.B. Dato’ Dr. Masitah Ibrahim
Y.B. Datuk Mohd. Johari bin Baharum


KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri
Y. A. B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Y.B. Senator Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Ng Yen Yen
Y.B.M. Tengku Dato’ Putera bin Tengku Awang

Setiausaha Parlimen
Y.B. Datuk Dr. Hilmi bin Yahaya


KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri
Y. A. B. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Zainal Abidin bin Zin

KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

Menteri
Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Noh Omar
Y.B. Chia Kwang Chye

Setiausaha Parlimen
Y.B. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop


KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

Menteri
Y. B. Dato’ Azmi Khalid

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Tan Chai Ho

Setiausaha Parlimen
Y.B. Datuk Abdul Rahman bin Ibrahim


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri
Y. B. Dato’ Ong Ka Ting

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Azizah Mohd. Dun
Y.B. Robert Lau Hoi Chew

Setiausaha Parlimen
Y.B. Dr. Subramaniam a/l K. V. Sathasivam


KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri
Y.B. Dato’ Seri S. Samy Vellu

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Ir. Mohd. Zain Mohamad

Setiausaha Parlimen
Y.B. Dato’ Yong Khoon Seng


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri
Y.B. Dato’ Seri Rafidah Aziz

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanazlah
Y.B. Mah Siew Keong

Setiausaha Parlimen
Y.B. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew


KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri
Y.B. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar

Timbalan Menteri
Y.B. Joseph Salang Gandum

Setiausaha Parlimen
Y.B. Dato’ Zainal Abidin bin Osman


KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri
Y.B. Dato’ Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir

Timbalan Menteri
Y.B Datuk Zainuddin bin Maidin
Y.B. Dato’ Donald Lim Siang Chai

Setiausaha Parlimen
Y.B. Puan Noriah binti Kasnon


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri
Y.B. Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn

Timbalan Menteri
Y.B. Datuk Abdul Rahman bin Bakar


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri
Y. B. Dato’ Azalina binti Othman

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Ong Tee Keat

Setiausaha Parlimen
Y.B. Encik Vigneswaran a/l M. Sanasee


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN
HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri
Y. B. Dato’ Shafie bin Haji Apdal

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ S. Veerasingam

Setiausaha Parlimen
Y.B. Hoo Seong Chang


KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri
Y. B. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Shaziman bin Abu Mansor


KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri
Y. B. Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Hong Choon Kin
Y.B. Datuk Mahadzir bin Mohd. Khir

Setiausaha Parlimen
Y.B. P. Komala Devi


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri
Y. B. Dato’ Dr. Haji Mohd. Shafie bin Salleh

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Fu Ah Kiow

Setiausaha Parlimen
Y.B. Dato’ Dr. Adham bin Baba


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri
Y. B. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Khamsiyah binti Yeop

Setiausaha Parlimen
Y.B. Encik Samsu Baharun bin Haji Ab. Rahman


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri
Y.B. Datuk Seri Adenan bin Satem

Timbalan Menteri
Y.B. Sothinathan A/L Sinna Gaundar

Setiausaha Parlimen
Y.B. Sazmi bin Miah


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri
Y.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Seri Hj. Mohd Shariff bin Hj. Omar
Y.B. Dato’ Kerk Choo Ting

Setiausaha Parlimen
Y.B. Datuk Rohani binti Abdul Karim


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri
Y.B. Dato’ Sri Chan Kong Choy

Timbalan Menteri
Y.B.M. Tengku Dato’ Seri Azlan Ibni Sultan Abu Bakar
Y.B. Datuk Douglas Uggah Embas



KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri
Y.B. Dato’ Dr. Jamaluddin bin Dato’ Mohd Jarjis

Timbalan Menteri
Y.B Kong Cho Ha

Setiausaha Parlimen
Y.B. Prof. Datuk Dr. Mohd Ruddin bin Ab Ghani


KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri
Y. B. Dato’ Leo Michael Toyad

Timbalan Menteri
Y.B. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi


KEMENTERIAN KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN

Menteri
Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Wong Kam Hoong



KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA
DAN MASYARAKAT

Menteri
Y.B. Dato’ Seri Shahrizat binti Abdul Jalil

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ G. Palanivel

Setiausaha Parlimen
Y.B. Puan Chew Mei Fun


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri
Y. B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsudin

Timbalan Menteri
Y.B. Datuk Dr. Awang Adek bin Husin
Y.B. Datuk Dr. Tekhee @ Tiki Lafe


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri
Y. B. Dato’ Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Y.B. Datuk Anifah bin Haji Aman

Setiausaha Parlimen
Y.B. Encik Ng Lip Yong


KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri
Y. B. Datuk Dr. Chua Soi Lek

Timbalan Menteri
Y.B. Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Setiausaha Parlimen
Y.B. Lee Kah Choon


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri
Y. B. Tan Sri Mohamad Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad

Timbalan Menteri
Y.B. Dato’ Haji Zulhasnan bin Rafique

Setiausaha Parlimen
Y.B. Encik Yew Teong Lock