Saturday, July 31, 2004

"We'll Learn From Tragedy" (Sarawak Copter Crash)


Lesson Learned Posted by Hello

CONTINUOUS IMPROVEMENT WITH LESSONS LEARNED PLAN

Malaysia will always strive to improve its search and rescue capability as it did after the Highland Towers tragedy about a decade ago when it set up the SMART team, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said.

The Prime Minister said perhaps there was something that could be learnt from the recent helicopter crash in Sarawak which killed seven people.

“If there are suggestions, I hope those who were involved in the rescue work could provide some ideas as to how it could be done better,” he told reporters here yesterday. Abdullah said he felt sad over the tragedy and extended his condolences to the family members of the victims.

Thursday, July 8, 2004

"We Need To Be Prudent on Spending"

Oleh/By : DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tempat/Venue : PUTRAJAYA

Tarikh/Date : 08/07/2004
Tajuk/Title : WAWANCARA PERDANA MENTERI DALAM PROGRAM KHAS RTM (08-07-2004)


S: Lapan bulan sebenarnya tempoh yang sangat singkat. Apakah dalam tempoh itu Datuk Seri melihat, Datuk Seri berpuas hati dengan apa yang dihajati atau apa yang Datuk Seri ingin capai dalam tempoh yang sedemikian?

J: Apa yang berlaku dalam jangka masa lapan bulan ini yang paling besar sekali, yang betul-betul memberi macam-macam kesedaran kepada saya ialah keputusan pilihan raya dalam masa itu. Itu ertinya respon rakyat. Dan daripada respon rakyat itu saya sudah mula, saya memahami bahawa rakyat sedang menuntut dan mengharapkan sesuatu. Ini sebenarnya yang menjadi tekanan, it becomes a pressure. Tapi ada perkara-perkara yang kita tidak boleh laksanakan dengan cepat. Kalau ada pressure, there is a good feeling, ya, ia mendesak kita bekerja. Tapi saya tahu nak implement semua ini dia kena ambil masa. Tetapi saya sudah memulakan apakah yang kita perlu capai kemudian sama ada yang hubung kait dengan memerangi rasuah, yang hubung kait dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan karenah sama ada dengan langkah membina integriti, sama ada ia ada hubung kait dengan kita adakan program-program untuk mencapai good governance, transparency, disclosure, ini kita buat di pihak swasta, kita dah mula.

Tapi apa yang mula hari ini atau mula dalam masa tiga bulan ini, mungkin tidak akan menunjukkan sesuatu yang boleh dilihat dengan nyata. Pasal sekarang ini kalau kita katakan pasal pejabat daerah, memang kita dah reduce dia punya backlog, kerja tertunggak, khususnya dalam bidang penukaran title yang dulu begitu banyak beribu-ribu, 63 peratus telahpun kita selesaikan. Juga ada improvement daripada segi khidmat kaunter. Tapi saya nak supaya kita dapat lihat dengan lebih jelas sekali. Untuk polis, memang kerja besar ialah kita dapatkan (wujudkan) Suruhanjaya Diraja Polis dan saya sangat-sangat mengharapkan suruhanjaya ini dapat memberi perakuan yang tegas kepada kita. Usaha sekarang ini untuk memperhebatkan lagi pembangunan pertanian moden. Inipun telah dimulakan. Pendidikan, semua kita dah mula. It's set.

Orang kata kalau nak lari, sama ada lari 100 ela atau lari maraton, kita dah tiup wisel dah. Tapi satu perkara, Alhamdulillah saya rasa senang juga, ialah dengan ekonomi yang defisit itu, kita dapat menanganinya supaya nanti defisit itu tidak akan bertambah dan kalau bertambah defisit itu nanti semua orang susah hati dan mungkin rating bagi negara kita akan turun. Dan kalau dah turun, pelaburan pun tak akan datang, perniagaan akan menjadi lembab.

Saya telah menyatakan kita akan cermat dan kita akan berhemah supaya kita jaga (kawal) defisit kita. Di samping itu kita jaga supaya jangan sampai kita belanja tak ambil kira tentang defisit itu kerana ini akan membawa mudarat kepada kita. Ataupun jangan sampai kerana terlalu takut, kita kurangkan, jangan belanja itu, jangan belanja ini, semua kurang, kurang, kurang, kalau begitu, ini bererti akan berlaku pula ekonomi kita akan mengecut, there'll be a contraction of the economy, dan ini akan membawa pula kepada akibat yang tidak baik kerana ekonomi tak berkembang.
Jadi kita ambil pendekatan, okay, kita buat secara progresif, kita kurangkan dan di samping itu kita mesti keluarkan belanja juga. Kita mesti belanja dengan berhemah. Ini mesti. Dan nak buat itupun mengambil masa yang cukup lama sebab kita nak susun atur balik, kita nak tengok balik macam mana, ada yang dah dapat surat LOI (surat jemputan) tiba-tiba tak dipanggil, apa dah jadi ini, kerana nak bankrap ke, yang dapat letter of award (LOA) pun tak boleh buat kerja lagi. Apa pasal ni, adakah kami nak kena cancel. Macam-macam yang saya dengar. Tak apalah. Kita bersabar. Kita ni jadi tukang, orang dok tengok, apa ni tak jadi lagi, belum jadi apa.

Semalam saya dah umumkan RM8.5 bilion kerja-kerja yang akan kita laksanakan dan ini, dengan wang yang kita ada, Alhamdulillah kita dapat (laksanakan), dan defisit kita tidak membimbangkan. Dan pada waktu ini saya masih nyatakan ada good feeling. Sebab itu ekonomi kita dalam suku tahun pertama 7.6 peratus dan suku tahun kedua ini masih ada harapan untuk mencapai pembangunan yang lebih dari 7 peratus, Insyaallah.

S: Ada yang bertanya betulkah kerajaan ada duit lagi?
J: Ada, duit ada tapi kita seboleh-bolehnya berhemahlah dalam kita membelanjakan.