Wednesday, May 11, 2005

"I'm Committed To Implement IPCMC"

Oleh/By : DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tempat/Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI

Tarikh/Date : 11/05/2005
Tajuk/Title : KENYATAAN MEDIA Y.A.B DATO’ SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA



Pejabat Perdana Menteri




KENYATAAN MEDIA
Y.A.B DATO’ SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA



Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia telah menyerahkan laporan lengkapnya kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin ibni Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 29 April 2005 lalu.

Suruhanjaya Diraja itu juga telah menyerahkan salinan laporan tersebut kepada saya pada hari yang sama.

Sehubungan itu, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan laporan berkenaan pada hari ini dan telah mengambil keputusan supaya laporan itu diterbitkan sebagai sebuah dokumen awam. Laporan tersebut akan dikeluarkan oleh Pejabat Suruhanjaya berkenaan pada hari Isnin, 16 Mei 2005, jam 10.00 pagi.

Penubuhan Suruhanjaya Khas berkenaan adalah atas inisiatif Kerajaan sendiri, dan saya adalah komited untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang mampu menambahbaikan organisasi dan prestasi Polis Diraja Malaysia sebagai institusi penguatkuasa undang-undang dan penjaga keselamatan awam yang cekap dan berwibawa dalam abad ke-21.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah ditugaskan untuk membincang dan menyelaras dengan agensi-agensi kerajaan terbabit untuk tujuan ini.



PERDANA MENTERI
Perdana Putra, Putrajaya
11 Mei 2005