Wednesday, March 15, 2006

"$4.4 Billlion To Improve Public Transportation"

Oleh/By : DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tempat/Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI, PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA

Tarikh/Date : 15/03/2006
Tajuk/Title : KENYATAAN MEDIA PENUBUHAN KUMPULAN WANG AMANAH PENGANGKUTAN AWAM




Pejabat Perdana Menteri




KENYATAAN MEDIA
PENUBUHAN KUMPULAN WANG AMANAH
PENGANGKUTAN AWAM


Berikutan kenaikan harga petrol, diesel dan LPG pada 28 Februari 2006, Kerajaan telah memaklumkan bahawa penjimatan subsidi daripada kenaikan tersebut akan digunakan bagi projek pembangunan khususnya untuk menambah baik sistem pengangkutan awam negara.

Sejajar dengan itu, adalah diumumkan bahawa pada hari ini, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam, yang akan disediakan dengan peruntukan sebanyak RM4.4 bilion iaitu anggaran jumlah penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak. Dana yang diperuntukkan akan digunakan bagi membiayai projek-projek yang akan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam seperti:

i. Menambah baik sistem integrasi pengangkutan awam antara pengangkutan bas, LRT, monorel dan komuter;

ii. meningkatkan mutu perkhidmatan bas terutamanya dari segi liputan dan kekerapan perkhidmatan; dan

iii. memperluaskan jaringan sistem monorel atau LRT.

Kerajaan yakin usaha menambah baik sistem pengangkutan awam akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberi dan akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih meluas.





PEJABAT PERDANA MENTERI
PERDANA PUTRA
PUTRAJAYA

15 Mac 2006